Sila log masuk terlebih dahulu.

Tapisan lebih ketat kebenaran rentas negeri, daerah

Kasuahdi memeriksa kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada Khamis sempena Program Jeneral Turun Padang.
Kasuahdi memeriksa kenderaan yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kuala Kangsar, Ipoh pada Khamis sempena Program Jeneral Turun Padang.
A
A
A

IPOH - Polis melakukan tapisan lebih ketat di peringkat balai terhadap semua permohonan rentas negeri dan daerah sempena cuti Tahun Baharu Cina ini.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pasukan Gerakan Am ( PGA), Datuk Kasuahdi Ali berkata, langkah itu bagi mengelak berlakunya salah guna kebenaran oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk pulang bercuti sepertimana kebiasaannya.

Menurutnya, pada musim perayaan ini, bukan sahaja masyarakat Tionghua yang memohon kebenaran rentas kawasan malah kesempatan itu juga diambil oleh kaum-kaum lain.

"Prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negera (MKN) sudah jelas dan berdasarkan peraturan itu kita lakukan tapisan lebih teliti terhadap semua alasan yang digunakan dalam permohonan rentas kawasan.

"Antara langkahnya ialah semakan oleh ketua polis balai ke destinasi dinyatakan pemohon sama ada maklumat diberikan itu betul atau tidak.

"Kita lakukan ini untuk memastikan keselamatan keseluruhan rakyat. Perayaan boleh dirai tetapi perlu mengikut garis panduan ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Program Jeneral Turun Padang di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Kuala Kangsar di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Kasuahdi berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk rentas negeri dan daerah sempena cuti perayaan ini, namun banyak ditolak atas alasan berjumpa keluarga dan sebahagiannya bekerja.

"Polis tetap dengan peraturan sedia ada dan jika dikesan cuba ambil kesempatan, mereka juga sebenarnya tidak akan dapat melepasi sekatan jalan raya yang kita lakukan di kawasan sempadan.

"Jadi kita nasihatkan agar jangan cuba-cuba menipu walaupun ada kawasan nampak seperti tiada kehadiran polis, kita sebenarnya mendapat banyak maklumat daripada orang awam dan kebanyakan kompaun dikeluarkan pun hasil maklumat diperolehi daripada mereka," katanya.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Ipoh yang merekodkan kadar 96 peratus.

Menurutnya, berdasarkan statistik sejak PKP 1.0 tahun lalu, sebanyak 1,085 kompaun bagi kesalahan pemakaian pelitup muka dikeluarkan dan 551 lagi melibatkan premis perniagaan.

"Sepanjang tempoh itu juga, Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh telah melakukan pemeriksaan ke atas lebih satu juta kenderaan dan 58,000 premis perniagaan diperiksa," katanya.