Jangan buat spekulasi kes Faisal, Akhyar - Saifuddin

Saifuddin pada Seminar Jenayah Siber dan Penyalahgunaan Dadah Anjuran Kementerian Dalam Negeri di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Selasa.
Saifuddin pada Seminar Jenayah Siber dan Penyalahgunaan Dadah Anjuran Kementerian Dalam Negeri di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden menimpa dua pemain bola sepak negara.

Menurutnya, di pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), ikhtiar disusun untuk menangkap pelaku yang terlibat dalam kes terbabit.

"Seperti diketahui, individu kes babit Faisal Halim telah dikenal pasti dan polis diberi kepercayaan dan ruang sepenuhnya bagi menjalankan tugas.

"Pesanan saya, orang awam usah lakukan spekulasi dalam apa juga keadaan, itu tak membantu apa keadaan pun," katanya kepada pemberita selepas Seminar Jenayah Siber dan Penyalahgunaan Dadah Anjuran Kementerian Dalam Negeri di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Saifuddin berkata, pihak polis tidak pernah berkompromi dalam kes sebegini.

"Polis memandang berat perkara ini, buat pemain bola sepak kesemuanya, saya ingin ulangi tanggungjawab pelihara keamanan serta ketenteraman awam adalah tugas polis dan sama sekali tidak berkompromi," ujarnya.

Tambahnya, dua insiden ini sangat menyedihkan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Polis Terengganu menegaskan kes pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang individu tidak dikenali pada 2 Mei lalu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbah asid melibatkan pemain utama Selangor FC, Faisal Halim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!