Prebet Ujang meninggal dunia pada usia 100 tahun akibat Covid-19

Allahyarham Prebet Ujang Mormin (duduk) bersama dengan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dalam satu lawatan yang diadakan terhadap veteran tentera itu pada tahun lalu. - Facebook JHEV ATM.

A
A
A

SHAH ALAM – Seorang veteran perang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pernah berjuang menentang Jepun, Prebet Ujang Mormin, 100, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pagi Selasa akibat jangkitan Covid-19.

Menurut cicitnya, Mazlinda Zainudin, 40, Allahyarham dijangkiti Covid-19 pada minggu lalu.

“Apa yang kami tahu dari Kementerian Pertahanan (Mindef), beliau meninggal dunia kerana Covid-19,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Mazlinda, Allahyarham akan dikebumikan di Port Dickson pada Rabu.

Allahyarham yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan pernah berjuang dengan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang penjajah Jepun di Singapura.

Difahamkan, satu sidang media akan diadakan esok oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berhubung pengebumian Allahyarham.

Artikel Berkaitan: