Sejauh mana selamat digunakan?

No Image Caption
A
A
A

TENAGA Nasional Berhad (TNB) pernah menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan taktik penjual peralatan yang kononnya boleh menjimatkan elektrik.

Bagaimanapun produk penjimat eletrik yang didakwa boleh membantu menjimatkan bil sehingga 50% itu masih dijual terutama menerusi internet.

Alat jimat elektrik ini kononnya boleh mengawal dan menstabilkan arus elektrik dan voltan untuk bekalan rumah sekali gus menjimatkan kiraan elektrik di rumah.

Dengan menaip 'alat jimat elektrik' di enjin carian atau Facebook, pelbagai bentuk, saiz dan warna produk ditawarkan kepada pengguna.

Seorang penjual online yang dihubungi memberi alasan produknya tidak mendapat kelulusan Sirim kerana langkah itu 'mampu menjatuhkan perniagaan TNB'.

Bagaimanapun dia meyakinkan bahawa pengguna tidak perlu bimbang dengan risiko litar pintas kerana produk itu sudah berada lebih 15 tahun di pasaran.

"Jangan ada ubah suai. Production (pengeluaran) kami semua di Melaka, cuma alat dalam kami pakai kapasitor diperbuat dari Itali. Bila guna boleh jimat elektrik 30 hingga 40 peratus.

"Alat ini hanya salah satu cadangan yang kita guna untuk menjimatkan penggunaan elektrik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Peralatan itu dijual pada harga RM199 seunit. Katanya, cara penggunaannya juga mudah iaitu dengan hanya memasangkan alat tersebut pada soket elektrik sahaja.

Penjual berkenaan juga mendedahkan lima kelebihan menggunakan alat jimat elektrik yang dipasarkannya bukan hanya sebagai penjimat elektrik, bahkan jaminan memanjangkan jangka hayat perkakasan elektrik, selain mampu menstabilkan arus elektrik sama ada di rumah, kedai atau pejabat.

Cara penggunaannya juga mudah iaitu memasangkan alat jimat elektrik berkenaan pada soket elektrik sahaja.

Seorang lagi penjual dalam talian menawarkan harga RM40 dengan bayaran pos percuma.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!