Mangsa banjir di Sarawak meningkat

Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching kekal merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir.
Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching kekal merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir.
A
A
A

KUCHING - Jumlah mangsa banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lalu meningkat sedikit kepada 1,002 orang pagi ini (Ahad) berbanding 934 petang pada Sabtu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang masih beroperasi setakat 8 pagi ini kekal 14 PPS.

Daripada jumlah PPS itu, empat dibuka di Simunjan, satu di Samarahan dan sembilan di Serian.

Setakat ini, Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuching kekal merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan 767 mangsa daripada 249 keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan: