Video tular: Polis rekod keterangan pemandu wanita

Polis telah merekod keterangan pemandu wanita yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya dalam kejadian berhampiran Hospital Serdang baru-baru ini.
Polis telah merekod keterangan pemandu wanita yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya dalam kejadian berhampiran Hospital Serdang baru-baru ini.
A
A
A

SEPANG - Polis telah merekod keterangan pemandu wanita yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pengguna jalan raya dalam kejadian berhampiran Hospital Serdang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keterangan wanita itu direkodkan oleh pegawai penyiasat kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat.

"Wanita itu telah hadir kira-kira jam 1 petang untuk dirakam keterangan.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu, Wan Kamarul mengesahkan wanita terbabit yang juga kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membuat laporan polis pada Rabu susulan insiden berkenaan.

Wanita terbabit juga telah memohon maaf atas tindakannya.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, wanita tersebut dikatakan membuat pusingan U sebelum dibunyikan hon oleh seorang pemandu kereta lain.

Berang dengan tindakan pemandu lelaki itu, wanita tersebut kemudian memandu ke sebelah kereta terbabit dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Artikel Berkaitan:

Wan Kamarul turut mengesahkan pihaknya sudah memanggil pemandu lelaki yang terlibat dalam kejadian itu.