PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali merupakan antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa pada 8 Mac depan.

Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan A Skandaguru dalam kenyataan berkata, Mat Zani dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Mat Zani menggantikan Senior Asisten Komisioner Lukas Anak Aket yang akan memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

"Turut ditukarkan ialah Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Ashari Abu Samah yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju dengan memangku pangkat Superintenden,” katanya.

Ketua Cawangan Khas Cameron Highlands, Asistan Superintenden Mohd Shamsuri Mohd Nor akan menjawat Ketua Polis Daerah Cameron Highlands dengan memangku pangkat Deputi Superintenden.

Pertukaran turut melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil KLIA, Asistan Superintenden Hazri Mohamad yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Rembau dengan memangku pangkat Deputi Superintenden. - Bernama

Artikel Berkaitan: