Buah Taste Australia segar dari ladang

No Image Caption
A
A
A
Sempena Tahun Baru Cina ini, Taste Australia membawakan pelbagai buah-buahan musim panas yang lazat dan berkhasiat untuk anda.

Melalui Kempen ‘So Fresh & So Delicious’ bagi tahun 2021, Taste Australia mahu berkongsi khasiat dan manfaat kesihatan kepada semua rakyat Malaysia.

Jenama yang mewakili Industri Hortikultur Australia, memperkenalkan pelbagai jenis buah-buahan bermusim yang segar, dikenali sebagai ‘stone fruits’ seperti pic, nektarin, plum dan aprikot yang semuanya telah tiba di Malaysia, segar dari ladang Australia.

Pengurus Jenama Antarabangsa Taste Australia, Laura Davies, berkata, kesihatan menjadi keutamaan lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19.

“Pengajaran terbesar yang boleh diambil dari pandemik ini adalah penjagaan kesihatan. Kita menjadi lebih peka untuk mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat.

“Buah-buahan musim panas Taste Australia adalah makanan tinggi khasiat yang penuh dengan vitamin dan rasa yang enak. Kami gembira dapat berkongsi kebaikan buah-buahan ini dengan rakyat Malaysia,”katanya.

Menurut Laura, buah-buahan tersebut merupakan sumber vitamin yang baik dan mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk sistem imunisasi badan.

“Pic, nektarin, aprikot, dan plum mengandungi banyak antioksidan seperti vitamin A, E, C, dan juga kalium. Sifat-sifat ini membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan, dan juga meningkatkan kesihatan saraf dan otot anda,”katanya.

Untuk meningkatkan lagi kegembiraan di musim perayaan ini, Taste Australia melancarkan peraduan untuk pengguna di seluruh negara iaitu Peraduan The Aussie Summerfruits - So Fresh & So Delicious.

Artikel Berkaitan:

Seramai empat peserta mingguan akan memenangi sebuah Samsung Galaxy Fit 2 dengan hanya menikmati buah-buahan musim panas dari Taste Australia.

Pengguna hanya perlu mengambil gambar mereka sedang menikmati buah-buahan musim panas Taste Australia bersama orang tersayang.

Foto-foto tersebut perlu dimuat naik ke akaun Instagram pengguna yang ditetapkan kepada umum (public) dengan hashtag peraduan #tasteaustralia dan #sofreshsodeliciousmy beserta keterangan gambar (caption) yang menjelaskan mengapa mereka menyukai buah-buahan musim panas. Peserta perlu menyimpan resit sebagai bukti pembelian mereka.

Peraduan Aussie Summerfruit So Fresh & So Delicious berlangsung dari 24 Januari 2021 hingga 20 Mac 2021. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawati laman sosial Taste Australia.

Dengan bermulanya Tahun Baru Cina, pemberian buah-buahan musim panas Australia sebagai buah tangan adalah satu tanda keprihatinan.

Buah-buahan yang enak ini boleh didapati dari pasaraya besar seperti Jaya Grocer, Village Grocer, dan pasaraya AEON di seluruh Malaysia. Rasakan kenikmatan buah-buahan musim panas dengan Taste Australia hari ini!