Perlekeh kerabat diraja Johor, persatuan pesara askar lapor polis

Mohd Nazli (kanan) menunjukkan laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun Facebook, Faruq Sungib di IPD Johor Bahru Selatan pada Khamis.
Mohd Nazli (kanan) menunjukkan laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun Facebook, Faruq Sungib di IPD Johor Bahru Selatan pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Persatuan Pesara Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook 'Faruq Sungib' kerana didakwa memperlekehkan kerabat diraja Johor.

Setiausahanya, Mohd Nazli Hamdan berkata, kenyataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.

Menurutnya, pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap individu berkenaan termasuk di bawah Akta Hasutan bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

"Saya percaya kenyataan tersebut ditujukan kepada kerabat diraja Johor dan rakyat di negeri ini yang menghasut dan menimbulkan perasaan kurang senang.

"Perkataan 'J' yang digunakan dalam kenyataan di Facebook itu dipercayai merujuk kepada Johor.

Kenyataan di Facebook Faruq Sungib
Kenyataan di Facebook Faruq Sungib

"Kenyataan itu juga memperlekehkan doa yang sentiasa dibaca di masjid dan surau di negeri ini," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada Khamis.

Terdahulu, pihaknya membuat laporan berhubung perkara itu di IPD Johor Bahru Selatan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nazli berkata, pihaknya turut meminta individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor.

Satu kenyataan di muat naik di Facebook atas nama Faruq Sungib memperlekeh kerabat 'J' yang didakwa bermegah dengan kemewahan tatkala rakyat berdepan pandemik Covid- 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).