Tiga maut kereta terbabas

Kereta yang dinaiki dua wanita dan seorang lelaki terbabas menyebabkan ketiga-tiga mereka maut dalam kejadian di Jalan Sungai Sam-Dabong berhampiran Ladang Kuala Gris, Kuala Krai.
Kereta yang dinaiki dua wanita dan seorang lelaki terbabas menyebabkan ketiga-tiga mereka maut dalam kejadian di Jalan Sungai Sam-Dabong berhampiran Ladang Kuala Gris, Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - [DIKEMAS KINI] Pasangan suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pokok getah di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Ladang Kuala Gris, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu pemandu kenderaan terbabit Mohd Hafeez Ibrahim@Yusoff, 32, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Dabong sementara isterinya, Surina Mohd Othman, 36, maut di lokasi.

Seorang lagi mangsa, Rahimah Ibrahim@Yusoff, 51, yang merupakan kakak kepada pemandu kenderaan tersebut turut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Cabang Gemas menghala ke Dabong.

"Setiba di lokasi, kereta itu dipercayai telah terbabas sendiri semasa melalui selekoh di jalan berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, ekoran kejadian itu kereta berkenaan telah masuk ke dalam kawasan kebun getah lalu melanggar pokok yang terdapat di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kesemua jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan: