X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah RM33.45 juta: Bekas Pengerusi Mara Inc bakal didakwa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) bergelar Datuk akan didakwa dengan 22 pertuduhan selepas disyaki menerima rasuah RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia berkata, lelaki berusia 65 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

"Lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, lelaki itu disyaki menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh Mara Inc.

"Siasatan SPRM bermula susulan pendedahan dibuat oleh sebuah portal antarabangsa yang melaporkan seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar di Melbourne kepada Mara Inc," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu terbabit.

"Lelaki itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Rasuah Jumaat ini," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!