Boleh jaga tepi kain jiran tapi jangan sampai buka

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan memang marah sangat kalau ada suami yang suka pukul isteri. Memang dayus sangat lelaki seperti itu.

Sebagai ketua keluarga, sorang suami itu sepatutnya boleh mengawal emosi dan tidak bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Dalam Islam ada kaedah yang membenarkan seorang suami untuk memukul isteri. Jika seorang suami mendapati isterinya melakukan nusyuz iaitu mengingkari arahan suami maka kaedah yang dibenarkan ialah dengan menasihati dan berpisah tempat tidur.

Jika terpaksa memukul, ia perlu dilakukan dengan niat untuk mendidik sahaja dan bukan untuk melepaskan kemarahan.

Islam turut menggariskan, pukulan juga tidak terlalu menyakitkan dan tidak menjurus kepada penderaan serius.

Selain itu, ia juga tidak menyebabkan isteri menjadi cacat termasuk memukul pada bahagian wajah.

Malah, seorang suami juga tidak boleh memukul jika suami percaya bahawa tindakan tersebut tidak akan menginsafkan isteri.

Merak Jalanan memang berharap sangat suami-suami yang panas baran di luar sana itu supaya baca apa yang Merak Jalanan tulis ini.

Artikel Berkaitan:

Supaya mereka insaf dan sedar dan tidak lagi memukul isteri. Sepatutnya perempuan bukan untuk dipukul tetapi untuk disayangi.

Tetapi apakan daya apabila syaitan merasuk dalam badan dan mula angkat kaki dan tangan untuk memukul isteri. Memang perbuatan itu sangat kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan.

Merak Jalanan harap jiran-jiran tetangga sebelah rumah kena kerap pasang telinga juga kalau ada dengar pergaduhan yang kerap dalam rumah tangga.

Perbuatan menjaga tepi kain orang sangat penting bagi memastikan jiran kita tidak jadi mangsa keganasan rumah tangga.

Tetapi jangan sampai ‘membuka kain’ jiran pula, nanti jadi kes lain!