Kastam patahkan cubaan seludup 25,000 liter air zam zam

Anggota kastam bersama air zam zam yang dirampas di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Rabu lalu.
Anggota kastam bersama air zam zam yang dirampas di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada Rabu lalu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup 25,000 liter air zam zam dianggarkan bernilai RM236,250 dalam pemeriksaan di Pelabuhan Utara, di sini pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, cubaan penyeludupan itu berjaya dikesan sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Unit II (Selangor) susulan pemeriksaan pada sebuah kontena.

"Siasatan mendapati kontena itu diikrar membawa muatan barangan lain dalam Borang Kastam (K1).

"Bagi tujuan import, air zam zam diklasifikasikan sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 74, Jadual Ketiga Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pengimport dan ejen terlibat dalam kes ini sedang dalam siasatan pihaknya dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Justeru, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak kastam dalam memerangi jenayah penyeludupan seperti rokok, minuman keras, mercun, kenderaan dan dadah.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran. Kita menjamin semua identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.

Artikel Berkaitan: