Apa masalah cari makan di kaki lima?, tanya Bung

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - “Apa masalah mencari makan di kaki lima?,” demikian persoalan dilemparkan Ahli Parlimen Umno, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin terhadap salah seorang pengikutnya di Twitter.

Beliau mempertahankan golongan busker yang mencari rezeki dengan menyanyi di kaki-kaki lima.

Tegas Pengerusi BN Sabah itu, setiap manusia dikurniakan kebolehan yang berbeza.

“Guna otaklah, manusia masing-masing ada kebolehan, bukan semua serupa, jari kita pun berbeza beza.

“Apa masalah mencari makan di kaki lima? Apa yang penting mereka tidak menipu dan tidak merompak,” katanya menjawab persoalan pengikutnya, malam tadi.

Sebelumnya beliau berkongsi keratan akhbar ‘Larangan dram, alat muzik bising berkuat kuasa serta merta’.

Pengikutnya itu kemudian membalas pada ciapan tersebut dengan mempertikaikan cara mencari makan di tepi jalan.

“Kenapa nak cari makan di tepi jalan? Tak bolehkah cara lain? Buka mata bukalah minda,” tulis individu tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pada keratan berita itu, Bung melahirkan kebimbangan lebih ramai akan menjadi pencuri atau penyeluk saku.

“Hebat, ini benar-benar Malaysia Baharu. Ekonomi dah teruk, pekerja dah banyak diberhentikan, nak cari makan di jalan raya pun tak boleh.

“Macam mana rakyat biasa nak cari hidup, saya bimbang ramai yang akan jadi pencuri atau ‘pick pocket’ pula dan macam-macam lagi,” tulisnya.

Pada Ogos tahun lalu, DBKL dilaporkan berkata penggunaan drum dan alat siar raya oleh buskers dilarang berkuat kuasa serta-merta.

Isu ini kembali hangat baru-baru ini apabila kembali dibangkitkan pimpinan pembangkang.