426 individu ditahan ingkar SOP PKP

 Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 426 individu ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 404 dikompaun, manakala 21 lagi individu direman dan satu dijamin.

Menurutnya, antara kesalahan tertinggi dikesan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan dengan 93 kes.

"Kesalahan lain termasuk tidak memakai pelitup muka (88), gagal mematuhi penjarakan fizikal (81), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (40), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (24), makan dan minum di premis tanpa kebenaran (20), mengadakan majlis tanpa kebenaran (6) dan lain-lain (74)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, 23 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan lima kenderaan serta dua bot dirampas menerusi Operasi Benteng.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melakukan 1,656 pemeriksaan khas pematuhan SOP.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,632 premis mematuhi SOP, 22 diberi nasihat, manakala dua lagi premis dikompaun,” katanya.

Artikel Berkaitan: