X

Kindly register in order to view this article
!

NGO gesa kerajaan tingkat pencapaian banteras rasuah

Kerajaan digesa perbaiki pentadbiran supaya dapat meningkatkan pencapaian membanteras rasuah dalam negara.
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa memperbaiki pentadbirannya supaya dapat meningkatkan pencapaian membanteras rasuah dalam negara.

Menurut laporan Malaysiakini, gesaan itu dibuat Pusat Untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) susulan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

"Menurut Transparency International Malaysia (TI-M) yang menerbitkan laporan itu, penurunan markah boleh disabitkan dengan perubahan kerajaan secara tiba-tiba susulan Langkah Sheraton pada awal 2020.

"Faktor yang mempengaruhi termasuklah reformasi institusi yang terganggu, akses terhad terhadap maklumat berkaitan kepentingan awam, salah guna kuasa dan korupsi dalam agensi penguat kuasa yang berterusan serta kurangnya tekad politik untuk melawan korupsi dalam sistem.

"Ini bukan hal yang baik untuk masa depan kita, dengan mengambil kira laporan PBB tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang menyatakan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia yang merosot sehingga 68 peratus," kata NGO itu dalam kenyataan.

Terdahulu, Presiden (TI-M), Dr Muhammad Mohan pada Khamis berkata, kedudukan Malaysia dalam (CPI) dunia bagi tahun 2020 jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019.

Katanya, daripada 180 negara, Malaysia mencatatkan skor 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: CPI jatuh: TI-M cadang kerajaan pinda Akta Rahsia Rasmi

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!