AADK cekup dua penagih

AADK cekup salah seorang penagih menerusi serbuan 'Ops Cegah' di Ban Jalan 1 di sini pada Isnin.
AADK cekup salah seorang penagih menerusi serbuan 'Ops Cegah' di Ban Jalan 1 di sini pada Isnin.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Dua penagih dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan 'Ops Cegah' di Ban Jalan 1 di sini pada Isnin.

Ketua Pegawai AADK Daerah Sabak Bernam, Zulazli Hashimuddin berkata, kedua-dua penagih berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan dalam operasi selama dua jam yang bermula jam 9 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggotanya terbabit dalam operasi itu bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan terbabit.

"Operasi ini dilancarkan susulan maklumat dan risikan di lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Zulazli berkata, hasil ujian air kencing (urin) mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.

"Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya sentiasa melaksanakan operasi secara berkala dalam usaha mengekang penyalahgunaan dadah di daerah itu.

"Operasi ini dijalankan untuk mengekalkan Kawasan Inisiatif Bersepadu (KIB) sebagai zon hijau dari penagihan dadah di daerah Sabak Bernam.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat serta aduan melalui talian Hotline AADK 03-89112233 atau 019-6262233 atau hadir ke pejabat AADK berhampiran," katanya.