X

Kindly register in order to view this article
!

ANLIP LK-VIT’s bekerjasama bantu mangsa banjir di Lipis

ANLIP LK bersama VIT’s bekerjasama membantu penduduk Lipis yang terkesan dengan bencana banjir.
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Kebajikan dan Sukan Anak-Anak Lipis di Lembah Klang (ANLIP LK) bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan segera, Vit Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd bagi menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir di seluruh daerah Lipis, Pahang.

Timbalan Pengerusi ANLIP LK, Datuk Muhamad Zaili Yusuf menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, sebanyak 10,000 bungkusan mi segera akan disalurkan kepada semua mangsa banjir di daerah itu.

Menurutnya yang juga Pengarah Misi Bantuan Banjir ANLIP LK, pihaknya akan menyalurkan bantuan dalam bentuk yang lain bagi mencapai objektif misi bantuan tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, Pengerusi ANLIP LK, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, pihaknya sentiasa prihatin terhadap apa jua perkembangan yang berlaku di daerah Lipis selain memberi perhatian kebajikan ahlinya di Lembah Klang.

Anak-anak Lipis di Lembah Klang dan orang ramai dialu-alukan menghulurkan sumbangan ke Tabung Bantuan Banjir ANLIP LK.
Anak-anak Lipis di Lembah Klang dan orang ramai dialu-alukan menghulurkan sumbangan ke Tabung Bantuan Banjir ANLIP LK.

Menurutnya, antara aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan ialah Program Back to School, ANLIP Charity Fun Walk di bandar Lipis, Tabung Covid-19 yang membantu ahli dan warga Lipis di Lembah Klang terkesan punca pendapatan, bantuan kaki palsu dan terkini bantuan penggunaan Hospital Bed Set untuk ahli yang memerlukan katil khas bagi tujuan rawatan.

Katanya, beliau menyeru kepada anak-anak Lipis di Lembah Klang serta orang ramai menghulurkan sumbangan ke Tabung Bantuan Banjir ANLIP LK di akaun 5621-8832-3829 (Maybank) bagi mencapai objektif misi bantuan berkenaan.

“Semua penyumbang akan diberikan sijil penghargaan di atas pemberian dan keprihatinan mereka.

“Saya meminta agar semangat saling membantu dalam masyarakat ini sentiasa disuburkan terutama ketika kita sedang mengharungi waktu sukar akibat pendemik Covid-19 ini,” katanya pada Jumaat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!