‘Jangan tanya ICERD lagi, tunggu isu kuil reda dulu’

P Waytha Moorthy
P Waytha Moorthy
A
A
A

KUALA LUMPUR – Memandangkan konflik yang tercetus di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya masih lagi panas dan tegang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy menasihatkan supaya himpunan perdana menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Driskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember tidak dibincangkan buat masa ini.

Menurut beliau, jalan terbaik buat masa ini ialah dengan tidak memanaskan situasi untuk mengulas soal himpunan tolak ICERD, bagi meredakan insiden tegang di kuil Sri Maha Mariamman.

“Berkenaan ICERD, lebih baik tiada sebarang ulasan buat masa ini. Biarkan keadaan di kuil ‘sejuk’ terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu dilaporkan, Pas dan Umno menegaskan Himpunan Perdana Rakyat Menolak ICERD akan diteruskan.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hasan berkata, ia berdasarkan kepada perkembangan semasa daripada penganjur perhimpunan iaitu sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Artikel Berkaitan:


Katanya, himpunan terbabit perlu diteruskan kerana kegagalan kerajaan menunjukkan kesungguhan tidak meratifikasi ICERD dan lima perjanjian antarabangsa lain.