X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli perniagaan ditahan teroka hutan simpan Kelantan

Abdul Khalim (tengah), Timbalan Pengarah Pembangunan Jabatan Perhutanan, Wahab Deraman (kiri) dan Timbalan Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Kelantan Othman Deris (kanan) menunjukkan gambar di dua lokasi serbuan Operasi Bersepadu Khazanah di Hutan Simpan Kekal Ulu Galas, Gua Musang.
A
A

KOTA BHARU - Empat individu termasuk seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur ditahan penguat kuasa Jabatan Perhutanan dan Perhilitan negeri Kelantan kerana disyaki menceroboh serta meneroka secara haram di dua lokasi berasingan Hutan Simpan Kekal Ulu Galas, Gua Musang, pada Isnin dan Selasa lalu.

Pengarah Perhutanan Kelantan, Abdul Khalim Abu Saman berkata, ahli perniagaan lelaki berusia 34 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Pejabat Perhutanan Kota Bharu pada Rabu.

ABDUL KHALIM
ABDUL KHALIM

“Sebelum itu, dua pekerja lelaki yang digaji suspek iaitu warga Myanmar berusia 43 dan 36 yang juga pemegang pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah di sebuah rumah kongsi di kompartmen 21 pada jam 4 petang, Isnin.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan pembakaran haram yang boleh membahayakan kawasan hutan simpan kekal tersebut.

“Terdapat tong racun dan kawasan sekitar dibersihkan bertujuan menanam pokok pisang dan durian serta sebuah motosikal yang dibekalkan suspek kepada dua pekerjanya itu yang dirampas pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini pada Khamis.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 47(1), Seksyen 81(e) dan Seksyen 82(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Mengulas lanjut beliau berkata, dalam kes berasingan pada serbuan kedua di kompartmen 23 pada jam 3.45 petang Selasa, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 61 tahun yang berada dalam sebuah rumah kongsi sejauh lima kilometer daripada lokasi serbuan pertama.

Dua dua pekerja lelaki yang digaji suspek iaitu warga asing dari Myanmar berusia 43 dan 36 (tengah) yang juga pemegang pemegang kad UNHCR ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah di Gua Musang pada Isnin.
Dua dua pekerja lelaki yang digaji suspek iaitu warga asing dari Myanmar berusia 43 dan 36 (tengah) yang juga pemegang pemegang kad UNHCR ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah di Gua Musang pada Isnin.

“Suspek ini dipercayai pengusaha yang menjalankan penerokaan haram di hutan simpan kekal tersebut bertujuan tanaman dan penggunaan bahan beracun.

“Lelaki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkannya untuk menduduki hutan simpan kekal dan menjalankan kerja-kerja tanaman manakala sebuah Toyota Hilux berada di kawasan itu turut dirampas penguatkuasa,” katanya.

Menurut beliau lagi, kedua-dua dalang utama dua kes berkenaan disiasat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Ahad ini.

Dalam serbuan sama, seorang lelaki warga Pakistan yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 kebetulan keluar dari kawasan hutan simpan yang terbabit sambil membawa bungkusan berisi jam, wangian dan baju bertujuan untuk dijual.

“Suspek tidak ada kaitan dengan dua kes di atas namun ditahan kerana menceroboh ke kawasan larangan hutan berkenaan,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!