X

Kindly register in order to view this article
!

54 kali gempa bumi berlaku dalam tempoh 21 hari

Keadaan bangunan runtuh akibat gempa bumi berukuran 6.2 magnitud yang melanda Kepulauan Sulawesi. Foto Antara
A
A

SULAWESI - Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) merekodkan sebanyak 54 kali gegaran gempa bumi dirasai di Kepulauan Sulawesi itu sejak Januari 2021.

Ketua BMKG, Daryono, mengatakan rekod itu berdasarkan hasil pemantauan dari pihaknya.

"Bermula 1 hingga 21 Januari 2021 sahaja, sebanyak 54 kali gegaran berlaku yang direkodkan oleh BMKG.

"Angka itu adalah jumlah tertinggi setakat ini," kata Daryono kepada Kompas, pada Khamis.

Menurutnya, pada 14 Januari, penduduk merasai gegaran gempa bumi sebanyak lapan kali.

"Awal Januari hingga kini, gempa bumi berlaku hampir setiap hari, kecuali pada 10 Januari dan 17 Januari.

"Tentu sahaja keadaan ini luar biasa kerana berlaku peningkatan namun punca ia berlaku belum diketahui," katanya.

Namun, jelasnya, apa yang perlu difahami ialah gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu.

Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Daryono juga menekankan, yang paling penting adalah bagaimana pihaknya dapat mengenal pasti dan membezakan pelbagai jenis bencana gempa yang berlaku di kawasan tersebut.

"Perkara ini penting dilakukan untuk menilai tahap bahaya dan risiko gempa bumi itu.

"Selain itu meminimumkan kesan kerosakan fizikal pada bangunan dan infrastruktur dan mengelakkan korban nyawa," kata Daryono.

Sementara itu, sekurang-kurang 88 orang maut dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.2 magnitud yang melanda kepulauan Sulawesi dan jumlahnya akan terus meningkat.

Keadaan itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk kepulauan berkenaan selepas pernah mengharungi tragedi tsunami akibat gempa bumi sehingga mengorbankan ribuan mangsa pada 2018.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!