Pantai barat Semenanjung Malaysia rasai gegaran gempa bumi

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. - Foto Twitter/METMalaysia
Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. - Foto Twitter/METMalaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran akibat gempa bumi kuat melanda Indonesia, pada awal pagi Selasa.

Menurut Jabatan Meteorologi (METMalaysia), ini selepas gempa bumi bermagnitud 7.0 melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 4 pagi tadi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di koordinat 0.9 darjah selatan dan 98.3 darjah timur dengan kedalaman 49 kilometer (km) bersamaan 85km Barat Laut dari Siberut, Indonesia.

Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, METMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Awani