Kartel daging: SPRM tahan pengarah syarikat

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging haram.

Menerusi satu kenyataan, SPRM berkata, penahanan itu dilakukan di Johor Bahru pada Ahad.

"Suspek berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula Isnin selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru," katanya.

Suruhanjaya itu berkata, sejak 4 Januari lalu, seramai lapan individu telah ditahan.

"Seramai 27 saksi juga telah dipanggil dalam siasatan kes ini yang terlibat terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan," kata kenyataan itu pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel daging haram: Empat direman empat hari

SPRM berkata, pihaknya masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan.

"Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Sinar Harian membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal untuk dijual ke pasaran seluruh Malaysia.

Berikutan itu, pihak berkuasa membuat serbuan bersepadu di sebuah gudang di Senai, Johor.