X

Kindly register in order to view this article
!

Hukum guna vaksin harus, wajib diambil golongan ditetapkan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

"Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus, dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.

"Menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Isnin.

Terdahulu, isu penggunaan vaksin Covid-19 menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada rakyat negara ini.

Malah, terdapat gerakan untuk menolak penggunaan vaksin berkenaan khususnya daripada golongan antivaksin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!