X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Zahid patut diberi peluang: Annuar Musa

Annuar dan Ahmad Zahid
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa beranggapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar diberi peluang memegang jawatan itu hingga tamat tempohnya.

Bekas Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN) itu berkata, walaupun ada yang berpandangan dan mahukan Ahmad Zahid ‘berehat’, namun Presiden UMNO itu patut diberi peluang menamatkan tempoh memegang jawatan itu mengikut peraturan.

“Apapun tahun 2021 ini tahun pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Biarlah proses biasa dalam parti berjalan.

“Sementara itu sama-sama berusahalah perbaiki keadaan parti,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan daripada akar umbi UMNO baru-baru ini yang meminta Ahmad Zahid untuk berehat sementara.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat.

Beliau berkata, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa beberapa tokoh besar dalam UMNO cuba menarik ahli MKT supaya menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Annuar menegaskan, tiada sebab untuk menyokong parti lain.

“Yang perlu difikirkan adalah siapa pilihan paling strategik untuk bekerjasama bagi memastikan agenda membela rakyat terlaksana.

“UMNO terima hakikat perlunya kita bergabung tenaga... cuma dengan siapa?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Sudah sampai masa kluster besar UMNO berundur

Rombakan UMNO perlu disegerakan tahun ini


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!