Sudah sampai masa kluster besar UMNO berundur

Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd Helmi Buang berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) berulang pada PRU15 nanti. - Foto internet
Ketua Pemuda UMNO Pontian, Mohd Helmi Buang berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) berulang pada PRU15 nanti. - Foto internet
A
A
A

JOHOR BAHRU - Konflik politik yang berlaku hari ini bukan disebabkan pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) tetapi berpunca daripada kuasa dan kluster besar iaitu beberapa pemimpin lama dalam UMNO yang enggan berundur.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang berkata, kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) berulang pada PRU15 nanti.

Katanya, pengunduran mereka juga dilihat perlu bagi membawa perubahan dalam UMNO supaya parti terus releven sebagaimana slogan parti iaitu dulu, kini dan selamanya.

"Saya melihat hari ini, kluster besar yang merujuk kepada orang lama yang sudah berpenggal-penggal jadi pemimpin dalam UMNO perlulah mengambil pendekatan berundur demi parti.

Mohd Helmi
Mohd Helmi

ARTIKEL BERKAITAN: Minta Ahmad Zahid berehat: Jangan keruhkan lagi keadaan, kata Rizam

"Saya merasakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berehat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu membawa perubahan kepada parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Helmi berkata, pengunduran bukan bererti Ahmad Zahid atau mana- mana pemimpin lama tidak dihargai tetapi tindakan mereka itu akan dianggap sebagai berjiwa besar dan amat dihargai oleh akar umbi parti.

Artikel Berkaitan:

"Bukan sebab Ahmad Zahid tidak boleh bekerja, banyak jasa dan pengorbanan dicurahkan Presiden kepada parti ini. Tetapi kita kena pegang kepada prinsip dulu, kini dan selamanya untuk UMNO.

"Bukan dulu, kini dan selamanya mempertahankan pemimpin. Saya bersuara begini demi parti malah ramai yang setuju dengan pandangan ini cuma mereka tidak berani bersuara," katanya.