X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes pergaduhan

NIK EZANEE
A
A

PETALING JAYA - Dua lelaki ditahan berhubung kes pergaduhan dan cubaan melanggar orang awam di kawasan Seksyen 17A/6 Damansara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian kira-kira jam 7.23 petang.

"Bertindak atas laporan tersebut, anggota polis daripada cawangan kereta peronda polis (MPV) IPD Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Polis kemudiannya menahan dua suspek warga tempatan berumur 20 dan 21 tahun dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, semakan rekod mendapati dua suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau.

"Siasatan awal mendapati suspek berumur 20 tahun tersebut mempunyai lima rekod jenayah melibatkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira yang dipercayai digunakan ketika kejadian," katanya.

Menurutnya, polis turut mengesan seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.

"Menurut saksi awam, terdapat seorang lagi suspek memecahkan cermin belakang kereta Proton Wira tersebut sebelum melarikan diri. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.

Jelasnya, kedua-dua suspek kini direman tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307, 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca tercetus pergaduhan tersebut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!