Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera terkena pisau

Anggota bomba berjalan kaki menuju ke lokasi kejadian. FOTO: Facbook Balai Bomba dan Penyelamat Kapit
Anggota bomba berjalan kaki menuju ke lokasi kejadian. FOTO: Facbook Balai Bomba dan Penyelamat Kapit
A
A
A

SIBU - Laluan di kawasan pedalaman yang mencabar tidak menghalang anggota bomba menjalankan tugas apabila pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit meredah tujuh anak sungai demi menyelamatkan seorang wanita cedera pergelangan tangan di Kampung Bestari, Kapit pada Khamis. 

Wanita berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan akibat terkena pisau, menyebabkan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba lebih awal berdepan kesukaran membawanya keluar ke ambulans disebabkan keadaan laluan sempit dan mencabar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota bomba terpaksa mengusung mangsa sejauh kira-kira satu kilometer dengan berjalan kaki melalui tujuh anak sungai, masing-masing selebar kira-kira 1.5 meter.

"Pasukan KKM telah memberikan rawatan awal, namun keadaan kawasan yang sukar diakses menyebabkan mereka memohon bantuan bomba untuk mengangkat mangsa ke jalan utama sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari sebelum pasukan BBP Kapit seramai lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

Operasi membawa keluar wanita itu berjaya dilaksanakan dengan selamat. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anggota bomba meredah tujuh anak sungai untuk menyelamatkan wanita cedera di Kampung Bestari, Kapit
  • Wanita 22 tahun cedera terkena pisau, laluan sempit dan mencabar membuat pasukan perubatan KKM sukar membawanya keluar
  • Anggota bomba mengusung mangsa sejauh satu kilometer melalui tujuh anak sungai
  • KKM telah memberikan rawatan awal, memohon bantuan bomba untuk mengangkat mangsa ke jalan utama
  • Operasi penyelamatan oleh BBP Kapit dengan lapan anggota berjaya dilaksanakan dengan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!