X

Kindly register in order to view this article
!

7 beradik dapat perhatian kerajaan negeri

Norhizam menyerahkan wang Bantuan Khas Bencana Alam berjumlah RM3,000 kepada keluarga berkenaan di Bukit Peringgit.
A
A

MELAKA - Tujuh beradik menerima sumbangan wang Bantuan Khas Bencana Alam berjumlah RM3,000 dari kerajaan negeri susulan rumah pusaka berusia 100 tahun yang didiami di Bukit Peringgit, musnah dalam kebakaran, 12 Januari lalu.

Kejadian jam 11.45 malam itu, kesemua mereka tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri di rumah saudara di Bukit Katil.

Salah seorang penghuni, Hussin Omar, 58, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 11.40 malam, sebaik dihubungi salah seorang anak saudara.

Keluarga Hussin mengalami kerugian kira-kira RM80,000, selain sebuah rumah berhampiran turut terjejas.

“Rumah ini penuh kenangan buat kami adik-beradik kerana sering menjadi tempat berkumpul setiap kali hujung minggu.

“Buat sementara, kami menumpang di rumah anak-anak dan kalau boleh mohon kerajaan negeri bantu untuk dapatkan sebuah rumah buat kami,” katanya ketika menerima sumbangan Bantuan Khas Bencana Alam dari Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.

Menurut Norhizam yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, pihaknya tiada masalah untuk menempatkan keluarga berkenaan di mana-mana rumah di bawah kerajaan negeri sekiranya ada permintaan.

“Kerajaan negeri bersedia menempatkan keluarga berkenaan di mana-mana rumah di bawah kerajaan negeri dan antara lokasi yang dicadangkan adalah rumah pangsa di Kampung Portugis,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!