X

Kindly register in order to view this article
!

Naib Presiden Pas positif Covid-19

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada ahli Pas dari Kelantan.

Memetik laporan dari Malaysiakini, perkara itu disahkan seorang pemimpin kanan Pas selepas khabar mengenainya tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

"Sahih," kata salah seorang pemimpin Pas secara ringkas ketika ditanya mengenai pengesahan maklumat yang tersebar itu.

Idris memaklumkan beliau positif Covid-19 selepas mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat (selepas Maghrib).

"Minta maaf banyak-banyak. KKM baru call (hubungi) lepas Maghrib tadi saya positif Covid-19," kata Idris.

Menurut mesej berkenaan, Idris menjadi kontak rapat ahli Pas yang hadir dalam program parti di Perlis pada Khamis.

“Sesiapa yang ada berhampiran dengan beliau di Kedah pada petang Jumaat lalu dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas di Kuala Lumpur pada 9 Januari dinasihatkan agar berhati-hati,” menurut mesej tersebut.

Difahamkan, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Bagaimanapun, difahamkan kesemua pimpinan Pas yang hadir pada mesyuarat itu sudah melakukan ujian saringan bagi mengetahui status masing-masing.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!