X

Kindly register in order to view this article
!

PM Belanda, seluruh Kabinet letak jawatan

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte
A
A

AMSTERDAM - Kerajaan Belanda pimpinan Perdana Menteri, Mark Rutte pada Jumaat meletak jawatan susulan skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik.

Ribuan ibu bapa sebelum ini didakwa secara salah oleh pihak berkuasa Belanda kerana tidak sengaja menuntut elaun anak, dengan kebanyakan mereka terpaksa membayar balik sejumlah besar wang yang akhirnya memusnahkan kewangan mereka.

Ahli Parlimen Belanda memutuskan ramai keluarga menderita akibat kejadian itu dengan pegawai percukaian, ahli politik, hakim dan kakitangan awam turut menyebabkan mereka tertekan.

Pembubaran kerajaan itu berlaku ketika Belanda berdepan wabak Covid-19.

Serentak itu, Rutte yang merupakan pemimpin paling lama berkhidmat di Eropah sejak 2010 berkata, Kabinetnya akan berperanan sebagai kerajaan sementara bagi memantau pemulihan Covid-19 hingga pilihan raya pada pertengahan Mac. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!