X

Kindly register in order to view this article
!

Kekalahan Real Madrid bukan satu kegagalan

Aksi Kapten Madrid, Sergio Ramos (kanan) dan pemain Bilbao melonjak tinggi untuk merebut bola di udara pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol awal pagi Jumaat.
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane menyifatkan kekalahan 1-2 skuad kendaliannya kepada Athelic Bilbao pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol awal pagi Jumaat bukan sebagai satu kegagalan.

Menurutnya, kesebelasan pemain telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan selain mencipta beberapa peluang gol di depan pintu gol pelawat.

Bagaimanapun katanya, percubaan berkenaan dilihat tidak berjaya menghasilkan sebarang jaringan tetapi sebaliknya hanya menerusi dua peluang, pelawat berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

“Bagi saya kekalahan ini bukannya satu kegagalan kerana kegagalan bermaksud tidak mencuba atau tidak memberikan aksi terbaik ketika di atas padang.

“Lagi pun, kita tidak selamanya akan menang dan apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa cuba untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Bilbao Raul Garcia mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan pada minit ke-18 sebelum sekali lagi merobek pintu gol skuad Los Blancos itu dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38 (penalti).

Real Madrid bagaimanapun tetap berjaya merapatkan jurang gol hasil jaringan Karim Benzema pada minit ke-73; namun ia masih belum mencukupi untuk menyekat kemenangan pelawat.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Zidane berkata, kesebelasan Real Madrid telah mengharungi aksi di separuh masa yang agak sukar.

Katanya, kesukaran itu ditambah pula dengan jaringan dua gol pihak lawan hasil daripada dua peluang yang diperoleh mereka.

“Apabila ketinggalan dua gol kepada lawan, ia sememangnya akan menyulitkan lagi keadaan kita.

“Bagaimanapun pada separuh masa kedua, kita berjaya menjaringkan gol dan kemudiannya mencipta beberapa lagi peluang gol, namun tiada jaringan gol yang kedua buat kami,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!