Pak Wan negatif Covid-19, tamat jalani HSO hari ini

Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
A
A
A

KUALALUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini disahkan negatif Covid-19.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Redzuan menerima keputusan ujian saringan kali kedua beliau pagi tadi.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas beliau semalam (Khamis) dan telah disahkan negatif hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pak Wan negatif Covid-19

“Kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 beliau sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif dan tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) beliau tamat hari ini,” demikian menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: