Petteri Orpo dilantik Perdana Menteri baharu Finland

Petteri Orpo - Foto AP
Petteri Orpo - Foto AP
A
A
A

ATHENS - Ketua Parti Gabungan Kebangsaan Finland, Petteri Orpo dilantik menjadi Perdana Menteri baharu negara itu selepas mendapat kelulusan Parlimen dan Presiden pada Selasa.

Orpo akan mengetuai gabungan sayap kanan yang terdiri daripada Parti Gabungan Kebangsaan, Parti Finns, Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian, lapor Agensi Anadolu, memetik penyiar tempatan YLE.

Anggota Kabinet terdiri daripada lapan ahli Parlimen dari Parti Gabungan Kebangsaan, tujuh dari Parti Finland dan empat dari Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian, mengadakan mesyuarat pertamanya pada Selasa.

Program-program yang dirancang kerajaan menunjukkan bahawa negara itu akan meneruskan dasar ekonomi berhaluan kanan dan polisi-polisi lain, dengan cadangan perubahan kepada undang-undang imigresen, menurut penyiar itu.

Orpo berkata, bahawa kerajaan baharu akan melabur bagi meningkatkan sector pendidikan, memerangi perubahan iklim dan keselamatan rakyatnya.

Dalam pilihan raya yang diadakan pada 2 April lalu, Parti Gabungan Kebangsaan memperoleh 20.8 peratus undi, diikuti rapat oleh Parti Finland dengan 20.1 peratus.

Parti Rakyat Sweden dan Demokrat Kristian, masing-masing memenangi 4.3 peratus dan 4.2 peratus undi. - Bernama