Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 710

Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka di Kampung Seremin, Segamat.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka di Kampung Seremin, Segamat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di Johor menurun kepada 710 orang daripada 224 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sedikit berbanding 845 orang daripada 265 keluarga pada jam 8 pagi tadi.

"Tinggal sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif di lima daerah di negeri ini. Satu PPS ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut di Kota Tinggi pada jam 9.30 pagi tadi (Jumaat).

"Keadaan cuaca bertambah baik dan berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi, tiada hujan lebat dari 5 hingga 17 Januari ini di Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Vidyananthan berkata, Kota Tinggi masih kekal menjadi daerah paling ramai mangsa banjir dengan menempatkan 479 orang daripada 125 keluarga di empat PPS.

Katanya, berdasarkan laporan jabatan itu, air pasang berlaku di Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada jam 12 tengah malam dan 12.19 tengah hari pada Jumaat dengan ketinggian 272 dan 367 meter (m).

Di Johor Bahru katanya, air pasang turut berlaku pada jam 1.21 pagi dan 12.36 tengah hari (327 dan 324M) dan di Kukup, Pontian pula jam 1.05 pagi dan 12.19 tengah hari (272 dan 367m).

Vidyananthan berkata, bagi jalan yang terjejas pula hanya satu iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian di Kluang di tutup untuk semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh di jalan terbabit.

Artikel Berkaitan: