X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang tidak perlu sertai Jawatankuasa Khas Bebas: Mahfuz

MAHFUZ
A
A

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa agar pembangkang tidak menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendali pelaksanaan darurat.

Ini kerana katanya, tiada keperluan darurat yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri kerana Muhyiddin sudah hilang bilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Dakwanya, Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang merampas mandat rakyat dan ketika keputusan darurat itu dibuat oleh jemaah menteri, kerajaan PN sudah hilang majoriti.

"Hanya 110 sahaja dan sehari kemudian bilangan menurun pada 109. Ini jelas Perdana Menteri dan jemaah menteri yang ada ini pada moralnya tidak wujud dan tidak layak untuk membuat keputusan. (Juga) untuk mempersembahkan pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Jika ahli Parlimen pembangkang sertai bermakna memperakui keabsahan Perdana Menteri dan PN," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Pakatan Harapan (PH) mengesahkan menerima surat jemputan untuk menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang bakal ditubuhkan bagi mengendali pelaksanaan darurat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat jemputan itu diterima Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat berkenaan yang dilaporkan dihantar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan itu hanya menjemput dan memohon pembangkang menamakan tiga calon.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!