Angsa jantan bertelur?

Jeep yang dilihat bertelur di bawah rumpunan serai wangi.
Jeep yang dilihat bertelur di bawah rumpunan serai wangi.
A
A
A

JASIN - Pelik tapi benar, itulah yang dirasakan seorang ahli perniagaan apabila mendapati angsa jantan ternakannya mengeluarkan telur seperti angsa betina.

Sulaiman Abd Rahman, 55, dari Bemban menyedari kejadian tersebut kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin lalu apabila angsa jantannya yang digelar 'Jeep' hanya duduk mendiamkan diri dalam keadaan tidak bermaya di bawah rumpunan pokok serai wangi.

Dia mula menternak Jeep dan seekor lagi angsa betina diberi nama Rose sejak tahun lalu selepas membelinya daripada saudara terdekat untuk menjaga kawasan rumah.

"Seminggu sebelum bertelur Jeep nampak lain, tak macam selalu.

"Jeep jadi manja dan tak makan makanan dalam bekas makanannya macam biasa, tapi kalau disua dengan tangan, dia akan makan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Jasin Bestari, di sini.

Sulaiman cuba memberi makan Rose di dalam reban khas berasingan.
Sulaiman cuba memberi makan Rose di dalam reban khas berasingan.

Sulaiman berkata, kejadian pelik itu disedarinya ketika dia dan cucunya berjalan di sekitar halaman rumah mereka.

"Saya tengok Jeep tak larat sangat, ingatkan sakit, rupa-rupanya ia bertelur.

Artikel Berkaitan:

"Bukan hanya bertelur, Jeep turut mengeramkan telurnya di bawah rumpunan pokok serai wangi yang kami tanam," ceritanya.

Walaupun terkejut, tetapi Sulaiman dan keluarga menyangkakan itu satu gurauan.

"Saya tengok Jeep eram. mula-mula ingat si Jeep ni eramkan telur si Rose sebab masa tu pun Rose bertelur juga cuma dalam dalam reban yang lain.

"Mula-mula masa jam 9.30 pagi, ada empat biji sebelum bertambah lagi tiga biji dua jam kemudian, tapi esoknya dah jadi lapan biji sehingga hari ini," katanya lagi.

Sejak hari itu, Jeep hanya berada di bawah pokok serai wangi dan hanya sesekali bangun masuk ke dalam rebannya untuk berendam apabila dipanggil oleh pasangannya Rose.

"Sampai sekarang, saya masih tak percaya dan pelik dengan Jeep.

"Saya ada juga tanya kawan-kawan dan pengusaha angsa yang berpengalaman, semuanya tak pernah tengok insiden ini, angsa jantan bertelur" katanya.

Ajaib tidak hanya pada angsa, tetapi pokok serai wangi yang menjadi tempat teduhan Jeep bertelur juga mengeluarkan bunga tidak seperti kebiasaannya," katanya.