Tiga menteri positif Covid-19

Dr Adham
Dr Adham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Semua menteri Kabinet telah menjalani ujian saringan Covid-19, dengan tiga daripadanya disahkan positif.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Selasa tanpa mendedahkan nama mereka yang positif berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memberi rawatan kepada mereka di fasiliti sedia ada.

“Semua yang kita uruskan untuk buat saringan Covid-19 telah dilakukan dan kita akan beri rawatan kepada tiga jemaah menteri yang disahkan positif Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Kabinet diarah jalani ujian Covid-19

Dilaporkan sebelum ini dua menteri Kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, telah disahkan positif Covid-19.

Ditanya sama ada menteri Kabinet yang negatif akan menjalani kuarantin, Dr Adham berkata, KKM akan membuat penilaian risiko terhadap anggota jemaah menteri sebelum mengeluarkan apa-apa arahan.

“Penilaian risiko akan dibuat oleh KKM bagi memastikan sama ada mereka ini perlu kuarantin atau tidak,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Rina Harun menteri ketiga positif Covid-19

Artikel Berkaitan:

Tok Pa disahkan positif Covid-19

Zulkifli sah positif Covid-19