Empat suspek minta wang perlindungan diberkas

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Empat lelaki yang diburu selepas terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata ketika meminta wang perlindungan daripada sebuah restoran di Pandamaran, di sini akhirnya diberkas.

Tiga suspek ditahan kira-kira jam 9.30 malam, Sabtu lalu manakala seorang lagi ditahan pada jam 4.30 petang pada Isnin selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dengan tertangkapnya keempat-empat suspek berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun itu, polis telah merampas dua telefon bimbit milik suspek.

"Soal siasat kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di restoran berkenaan.

"Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh, judi dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Shamsul Amar berkata, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan polis menahan tujuh lelaki yang terlibat dalam pergaduhan ketika meminta wang perlindungan daripada seorang pemilik restoran.

Kesemua suspek berusia 22 hingga 57 tahun itu diberkas menerusi beberapa siri serbuan dalam tempoh tiga jam bermula jam 8 malam, 4 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: