Kakitangan positif Covid-19, Bursa Malaysia tetap beroperasi

Bursa Malaysia Bhd akan beroperasi seperti biasa walaupun beberapa kakitangannya positif Covid-19.
Bursa Malaysia Bhd akan beroperasi seperti biasa walaupun beberapa kakitangannya positif Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia Bhd akan beroperasi seperti biasa walaupun beberapa kakitangannya positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Bursa Malaysia berkata, seperti garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan, semua kakitangan yang mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19 perlu menjalani kuarantin dan pemeriksaan kesihatan sebelum kembali bekerja.

“Perkara tersebut tidak akan menjejaskan operasi kritikal dan sokongan Bursa Malaysia dan pelan kesinambungan perniagaan kami sedang dilaksanakan sekarang bagi memastikan operasi berjalan lancar sekiranya berlaku sebarang insiden,” katanya.

Kes terbaharu di Bursa Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan melibatkan kakitangannya sebanyak tiga kes selepas dua kakitangan lain disahkan positif Covid-10 seperti dilaporkan pada Jumaat lepas.

Menurut Bursa Malaysia, kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan dua kes pertama diuji negatif terhadap jangkitan tersebut dan kerja-kerja pengesanan kontak dan nyahkuman yang menyeluruh telah dilakukan di kawasan tempat kerjanya.

"Bursa Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan bahawa semua protokol ditetapkan dipatuhi untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan pekerja kami.

"Kami juga akan terus memantau perkembangannya dengan teliti dan mengumumkan sekiranya ada maklumat terbaharu," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: