X

Kindly register in order to view this article
!

Roboh gerai: Kerajaan Selangor runding semula dengan penjaja

Amirudin (dua dari kanan) menandatangani plak Perasmian Bazaar Dorani Perdana semasa lawatan kerja beliau di Sabak Bernam pada Isnin.
A
A

SUNGAI BESAR - Kerajaan negeri perlu mengadakan rundingan semula dengan penjaja di Bulatan Puchong Permai bagi menempatkan mereka di lokasi perniagaan baharu iaitu di struktur berbumbung Dataran Puchong Permai.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penjelasan mengenai perkara itu termasuk perancangan pembangunan perlu diterangkan dengan lebih lanjut.

Menurutnya, rundingan memindahkan penjaja di kawasan itu sudah bermula sejak 2019 lagi.

“Penjaja yang berniaga di sana perlu berpindah kerana kita telah menyediakan tapak lebih sesuai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini pada Isnin.

Amirudin kesal apabila terdapat pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu perobohan gerai oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

“Ada yang mahu menghalang kemajuan dan pembangunan sedangkan tapak dan kawasan sudah siap,” katanya.

Mengenai kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mencabar beliau untuk berdialog berhubung tindakan perobohan gerai terbabit, Amirudin berkata, beliau bersedia berjumpa dengan Noh.

“Setakat ini tiada perjumpaan pun. Kalau beliau (Noh) hendak jumpa saya tiada masalah,” katanya.

Sinar Harian pada 28 Disember tahun lalu melaporkan penjaja berhampiran Bulatan Puchong Permai berharap agar MBSJ dapat memberi pertimbangan untuk tidak merobohkan gerai mereka dalam masa terdekat.

Difahamkan, penjaja terlibat memohon penangguhan itu selepas MBSJ melaksanakan operasi perobohan melibatkan 43 gerai di kawasan itu pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dah roboh, nak bincang apa lagi'

Roboh gerai: Noh cabar MB Selangor berdialog

Peniaga rayu MBSJ tangguh roboh gerai


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!