X

Kindly register in order to view this article
!

TNB bayar zakat perniagaan RM2.12 juta

Mahdzir menyerahkan zakat perniagaan TNB kepada Hasni (tengah) sambil diperhatikan Tosrin di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada Ahad.
A
A

ISKANDAR PUTERI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,124,644.48 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di sini pada Ahad.

Pada majlis ringkas di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar itu, TNB turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM250,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor.

Zakat perniagaan dan sumbangan itu disampaikan Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Pada majlis tersebut akad zakat perniagaan dibacakan Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi.

Sebelum majlis penyerahan zakat dan sumbangan, Mahdzir mengadakan pertemuan ringkas dengan Hasni secara tertutup.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!