DBKL tutup rumah urut beroperasi tanpa kebenaran

Anggota penguatkuasa DBKL menampal notis di premis yang diserbu.
Anggota penguatkuasa DBKL menampal notis di premis yang diserbu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) menyerbu beberapa premis rumah urut di Jalan Kuchai Maju, Seputeh dan Jalan Langkawi, Setapak yang didapati beroperasi tanpa kebenaran.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan serbuan disertai lapan pegawai dan 31 anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL bermula jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam 4 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan tersebut, serbuan menerusi Operasi Tindakan Khas melibatkan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap tiga buah premis di dua lokasi berbeza yang menjalankan aktiviti rumah urut tanpa kebenaran serta lain-lain kesalahan.

Ruang tidur tukang urut di premis yang diserbu.
Ruang tidur tukang urut di premis yang diserbu.

“Tindakan menutup premis tersebut dibuat ke atas tiga buah premis, tiga notis tindakan notis tutup premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976, tiga notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta tindakan sita ke atas 75 unit pelbagai peralatan premis.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta mengikut bidang kuasa dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL.

“Operasi ini akan diteruskan dari masa ke masa,” katanya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Antara barangan yang disita termasuklah kamera litar tertutup (CCTV).
Antara barangan yang disita termasuklah kamera litar tertutup (CCTV).