Lelaki mendaki seorang diri sesat empat jam

Lelaki berusia 39 tahun yang sesat ketika mendaki Hutan Rekreasi Bukit Beruang, Melaka ditemukan sepasukan bomba pada Jumaat.
Lelaki berusia 39 tahun yang sesat ketika mendaki Hutan Rekreasi Bukit Beruang, Melaka ditemukan sepasukan bomba pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki yang sesat ketika pertama kali mendaki Hutan Rekreasi Bukit Beruang di sini ditemukan selamat selepas empat jam operasi mencari dan menyelamat dilakukan sepasukan bomba pada Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd. Talib berkata, mangsa berumur 39 tahun dilaporkan sesat pada jam 9 pagi dan berjaya diselamatkan pada jam 1.10 petang di pos keempat hutan rekreasi berkenaan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.49 tengah hari dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 18 minit sebelum menemui mangsa dalam keadaan keletihan.

"Ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa keluar ke kawasan selamat.

"Hasil soal siasat mangsa datang ke bukit itu seorang diri dan mendaki buat pertama kali di hutan tersebut," katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang datang seorang diri itu mendaki pada jam 9 pagi sebelum sesat di laluan yang sama ketika mencari jalan keluar.

"Kita memang kerap terima kes sesat di pos ke empat ini kerana treknya agak mencabar walaupun jarak dari pos tersebut untuk ke jalan keluar kurang daripada satu kilometer," katanya.

Artikel Berkaitan: