Bomba bawa turun lelaki 140kg, tergelincir ketika mendaki

Anggota menggunakan pengusung untuk menurunkan mangsa pada ketinggian 170 meter. - Foto Bomba Perak
Anggota menggunakan pengusung untuk menurunkan mangsa pada ketinggian 170 meter. - Foto Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Seorang lelaki dengan berat 140 kilogram (kg) diangkat menggunakan khidmat khas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas tergelincir di Bukit Tiga Ratus, di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, laporan diterima pada jam 1.50 petang itu mendapati, mangsa berusia 44 tahun mengalami patah pergelangan kaki kiri.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersama rakan melakukan aktiviti pendakian di bukit berkenaan.

Mangsa diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya. - Foto Bomba Perak
Mangsa diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya. - Foto Bomba Perak

"Anggota dengan kekuatan lapan orang menggunakan pengusung untuk menurunkan mangsa pada ketinggian 170 meter.

"Mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5 petang.