X

Kindly register in order to view this article
!

28 set penapis air bernilai RM59,300 dirampas

Antara set penapis air yang dirampas KPDNHEP dalam serbuan di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan pada Rabu.
A
A

KAJANG - Sebuah syarikat jualan langsung di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan di sini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Rabu.

Pengarah KPDHNEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan dilakukan berikutan syarikat yang memasarkan produk penapis air sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak dua tahun gagal mematuhi syarat lesen jualan langsung yang ditetapkan.

"Penguat kuasa KPDNHEP telah menyita sebanyak 28 set penapis air dan aksesori yang dianggarkan bernilai RM59,300 bagi tujuan siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah seksyen 6 (1) Akta Jualan Langsung dan Anti Piramid 1993 iaitu melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan di dalam lesen," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya memberi amaran kepada mana-mana individu dan syarikat supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan semasa menjalankan aktiviti jualan langsung.

"Penalti berat akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingkar," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!