Percubaan vaksin hanya untuk individu setuju

 Jabatan Kesihatan Sarawak akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terpilih di Sarawak menjalani ujian klinikal percubaan vaksin Covid-19 dari China sebelum mendapatkan persetujuan mereka ujian itu.
Jabatan Kesihatan Sarawak akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terpilih di Sarawak menjalani ujian klinikal percubaan vaksin Covid-19 dari China sebelum mendapatkan persetujuan mereka ujian itu.
A
A
A

KUCHING- Jabatan Kesihatan Sarawak akan berbincang terlebih dahulu dengan mereka yang terpilih di Sarawak menjalani ujian klinikal percubaan vaksin Covid-19 dari China sebelum mendapatkan persetujuan mereka ujian itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Chin Zin Hing berkata, bagi tujuan itu mereka yang terpilih akan dihubungi secara individu untuk datang ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau berkata, hanya selepas dijelaskan akan spesifikasi ujian itu, dan individu itu bersetuju untuk mengambil bahagian, barulah mereka ini secara rasmi dapat dimasukkan dalam senarai percubaan klinikal berkenaan.

  1. “HUS merupakan salah satu daripada sembilan pusat penyelidikan di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipilih untuk menjalankan ujian klinikal bertaraf antarabangsa ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Sebelum ini dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri sedang mencari 400 orang sukarelawan di negeri ini untuk mengambil bahagian dalam ujian percubaan klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) di China.

Menurut beliau, ujian klinikal adalah proses penting dan asas dalam perkembangan rawatan perubatan baharu, termasuklah vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh IMBCAMS.

“Malaysia adalah salah satu daripada negara yang dipilih IMBCAMS untuk kerjasama dalam bidang sains perubatan semasa wabak ini, dan ujian klinikal ini membabitkan 3,000 subjek,” katanya.

Dalam ujian percubaan klinikal ini, 50 peratus daripada subjek berpeluang disuntik dengan vaksin sementara 50 peratus lagi kemungkinan disuntik dengan plasebo.

“Protokol kajian telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Etika Penyelidikan Perubatan (MREC), KKM dan akan dijalankan mengikut standard berkelas dunia,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: