Vfive Group sasar tingkat CSR 2021

Mohd Syafiq (tengah) bergambar bersama pengurusan kanan Vfive Group.
Mohd Syafiq (tengah) bergambar bersama pengurusan kanan Vfive Group.
A
A
A
VFIVE Group, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera mensasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun 2021 sebanyak RM3.6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif VFive Group, Mohd Syafiq Abdullah berkata, CSR adalah antara 15 KPI yang ditetapkan syarikatnya bagi terus membantu masyarakat dan kumpulan yang memerlukan.

Usahawan muda itu berkata, pada tahun lalu Vfive Group memperuntukkan RM1.1 juta bagi program-program CSR dan beliau percaya dan yakin dengan aspek keberkatan dalam usaha melebarkan lagi perniagaannya.

“VFive Group akan melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk membantu komuniti-komuniti yang terhimpit susulan penularan Covid-19 dan sebahagian besar masyarakat terputus sumber pendapatan.

“Kita telah merancang pelbagai usaha untuk syarikat bantu masyarakat. Ia akan diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Yayasan VFive,” katanya pada ucapan perasmian Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan VFive Group 2020 disebuah hotel baru-baru ini.

MOHD SYAFIQ
MOHD SYAFIQ



Syafiq berkata, selain dari memberi sumbangan kebajikan, kewangan dan makanan, Yayasan VFive turut mensasarkan untuk membina sebuah masjid di kawasan sekitar Lembah Klang, sebuah kedai runcit berkonsepkan kebajikan serta mewujudkan program kembara Yayasan VFive.

Dalam majlis makan malam tahunan yang bertemakan Beyond All Limits itu Vfive Group juga melancarkan logo korporat baharu dan anak-anak syarikat yang baharu.

Majlis yang dihadiri kira-kira 150 tetamu itu merupakan satu platform bagi memberi penghargaan kepada vendor, pembekal, rakan-rakan niaga dan kakitangan yang berusaha sepanjang tahun 2020 bagi memastikan setiap KPI yang ditetapkan syarikat dapat dicapai.

Artikel Berkaitan:


Hadirin pada majlis itu dihiburkan dengan persembahan khas daripada Fazli Zainal dan kumpulan Hornbae Brassband dengan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).