Banjir: Enam lagi PPS di Johor ditutup

Masih terdapat air banjir di beberapa tempat di Bandar Kota Tinggi walaupun banyak kawasan sudah surut.
Masih terdapat air banjir di beberapa tempat di Bandar Kota Tinggi walaupun banyak kawasan sudah surut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 3,182 orang daripada 807 keluarga setakat jam 4 petang pada Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 3,560 orang daripada 902 keluarga setakat jam 12 tengah hari.

"Enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Linau, Simpang Renggam dan Dewan Ithnin Maarof di Johor Bahru masing-masing pada jam 12 tengah hari.

Anggota APM mengagihkan makanan kepada penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir surut di Taman Kemang, Kota Tinggi pada Rabu.
Anggota APM mengagihkan makanan kepada penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir surut di Taman Kemang, Kota Tinggi pada Rabu.

"PPS di SK Gembut dan SK Tun Dr Syed Nasir di Kota Tinggi ditutup pada jam 12.30 tengah hari dan 2 petang, manakala SK Sawah Datuk, Mersing dan di SK Sri Bulan, Batu Pahat ditutup jam 12 tengah hari dan 2 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, Kota Tinggi mencatatkan daerah paling ramai mangsa banjir yang ditempatkan di 14 PPS iaitu 1,793 orang daripada 451 keluarga.

Dalam pada itu, beliau berkata, hanya tiga jalan utama masih ditutup untuk laluan pada Rabu berbanding lapan jalan ditutup pada Selasa.

Menurutnya, di Kota Tinggi, Jalan Mawai lama masih ditutup untuk semua kenderaan manakala Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas di Jambatan Sungai Semalok hanya dibuka untuk kenderaan berat.

Artikel Berkaitan:

Anggota APM mengagihkan makanan kepada penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir surut di Taman Kemang, Kota Tinggi pada Rabu.
Anggota APM mengagihkan makanan kepada penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir surut di Taman Kemang, Kota Tinggi pada Rabu.

"Jalan Haji Suhud berhampiran Taman Muhibbah ditutup sepenuhnya kerana jambatan runtuh," katanya.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang dalam satu kenyataan memberitahu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengagihkan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Kelantan dan Taman Kemang, Kota Tinggi.