Masih tadah air bukit

Smuliadi meninjau kediaman salah seorang penduduk Kampung Orang Asli Kampung Jeram Padang.
Smuliadi meninjau kediaman salah seorang penduduk Kampung Orang Asli Kampung Jeram Padang.
A
A
A

JEMPOL - Selama 60 tahun merdeka, penduduk Kampung Orang Asli Jeram Padang di sini, dikatakan masih menanggung masalah sama berhubung kemudahan bekalan air bersih.

Penyelaras Dun Jeram Padang, Smusliadi Sabtu berkata, beliau menyelami sendiri situasi kehidupan masyarakat Kampung Orang Asli Jeram Padang berkaitan isu bekalan air yang belum ada kesudahannya.

"Mereka masih di takuk yang sama. Bermacam-macam aduan yang saya dengar. Sekarang ini, saya sendiri melihat dan mendengar keluhan masyarakat kampung tersebut.

"Penduduk ketika ini mendapat bekalan air melalui air bukit yang disalurkan menggunakan getah paip yang panjang ke rumah. Keadaan ini jelas menggambarkan kesukaran mereka mendapat kan bekalan air bersih.

"Kita bimbang akan tahap kebersihan air ini dan ada kalanya airnya keruh akibat bercampur tanah susulan hujan," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab dan berharap dengan usaha yang sedikit ini membantu memulihkan keadaan agar penduduk tersebut mendapat kemudahan yang setara.

"Saya memandang serius masalah penduduk di sini dan pelbagai faktor turut diambil kira agar masalah mereka ini dapat diselesaikan melalui pentadbiran kerajaan baru ini," katanya.

Artikel Berkaitan: